KEDAI AMAL NUSRAH
Kedai Amal Nusrah ialah sebuah kedai amal yang ditubuhkan oleh Yayasan Nusrah. Kedai Amal ini ditubuhkan pada September 2010. Ia ditubuhkan bagi membantu golongan kurang berpendapatan untuk membeli barang keperluan seperti pakaian dengan harga yang murah. Kedai Amal ini telah diuruskan oleh Cik Jamilah Bt Che Pee sebagai pengurus Kedai Amal dan dibantu oleh Pn Mahnun Ahmad sebagai tukang jahit. Kedai Amal ini mendapat barang untuk dijual dari orang ramai yang datang menderma samada secara terus ataupun secara pos. Orang ramai boleh menderma pakaian atau keperluan apa sahaja untuk Kedai Amal.
Pihak Kedai Amal berbesar hati menerima apa-apa sumbangan dan derma dari masyarakat yang ikhlas memberi sumbangan sama ada kepada yayasan atau mereka yang amat memerlukan bantuan.